Rusia Kolonel Jeneral

Insignia pangkat
kolonel jeneral
Tentera Darat
Tentera Udara
setanding dengan NATO OF-8

Pangkat kolonel jeneral (Bahasa Rusia: генерал-полковник, translit. general-polkovnik) tidak wujud dalam Empayar Rusia[petikan diperlukan] dan ia pertama kali diwujudkan dalam Tentera Merah pada 7 Mei 1940, sebagai pengganti gelaran yang wujud sebelum ini командарм второго ранга (kommandarm vtorovo ranga, "panglima ketumbukan pangkat kedua").[1] Semasa Perang Dunia II, kira-kira 199 orang pegawai telah dinaikkan pangkat ke kolonel jeneral. Sebelum tahun 1943, kolonel jeneral Soviet memakai 4 bintang pada pelapik kolar mereka (petlitsy). Sejak tahun 1943, mereka memakai 3 bintang pada papan bahu mereka, jadi Charles Pettibone membandingkan pangkat ini dengan Leftenan Jeneral AS.[1]

Pangkat ini masih wujud dalam Tentera Darat Rusia dan Tentera Udara Rusia.[petikan diperlukan] Tidak seperti Generaloberst Jerman (asal ayat pinjam terjemah), pangkat kolonel jeneral Soviet dan Rusia bukanlah sesuatu yang luar biasa atau jarang, kerana ia merupakan langkah normal sebagai "tangga" antara Leftenan Jeneral 2 bintang dan Jeneral Ketumbukan 4 bintang.

Selain itu, sistem pangkat Soviet dan Rusia kadangkala menyebabkan kekeliruan berhubung kesetaraan pangkat, kerana nama normal Barat bagi brigedier atau Brigedier Jeneral tidak lagi wujud untuk Tentera Darat Rusia pada tahun 1798. Pangkat combrig yang setara dengan jeneral 1 bintang hanya wujud dalam Soviet Union semasa tahun 1935–1940. Kedudukan yang biasanya dikhaskan untuk pangkat ini, seperti panglima briged, sentiasa disandang oleh kolonel (polkovnik) atau, jarang-jarang, oleh Mejar Jeneral (lihat Sejarah pangkat tentera Rusia).

Pangkat ini biasanya diberikan kepada para panglima wilayah, barisan dan tentera darat medan, dan juga kepada timbalan menteri pertahanan, timbalan ketua staf am dan seterusnya.

Dalam sesetengah tentera Komanwel Negara-Negara Merdeka pasca-Soviet (sebagai contoh di Belarus), tidak ada jeneral ketumbukan atau marsyal, dan dengan itu kolonel jeneral adalah pangkat tertinggi, biasanya dipegang oleh menteri pertahanan.

Pangkat tentera laut yang setara ialah laksamana, yang juga dilambangkan dengan 3 bintang.